TARIKH PENTING : Penamaan Calon - 3 Oktober 2009 / Hari Membuang Undi - 11 Oktober 2009

MUSLIM FIRST, POLITIC SECOND

MUSLIM FIRST, POLITIC SECOND

Jadual Ceramah

>> Wednesday, September 30, 2009

Jadual Ceramah
Tarikh : 01 Oktober 09 (Khamis)

Ceramah 1

Masa : 9 malam
Tempat : Bt 3, Jln Pantai, Kg Bagan Pinang (Rumah Pak Din)
Penceramah :

•YB Dato Mahfuz Omar , Naib Presiden PAS
•Dato Abu Bakar Chik , AJK PAS Pusat
•Y Bhg Zulkefly Mohamad Omar , Calon PAS N31 Bagan Pinang


Ceramah 2

Masa : 9 malam
Tempat : Di Jalan Khalid, Kg Baru, Si Rusa (Rumah Saidon Yacob)
Penceramah :

•Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Pusat
•Sdr Shamsul Iskandar Mat Akin, Ketua Pemuda Keadilan Pusat
•Y Bhg Zulkefly Mohamad Omar , Calon PAS N31 Bagan Pinang




Tarikh : 02 Oktober 09 (Jumaat)

Ceramah 1

Masa : 9 malam
Tempat : Taman Bayu, Bt 7, Telok Kemang (Rumah Hj Baharom)
Penceramah :

•YB Dato Mahfuz Omar , Ahli Parlimen Pokok Sena
•YB Siti Zailah Mohd Yuspf , Ahli Parlimen Rantau Panjang
•YB N Gobala Krishnan , Ahli Parlimen Padang Serai
•YB Aminudin Harun , ADUN Sikamat, N.Sembilan
•Y Bhg Zulkefly Mohamad Hj Omar, Calon PAS N.31 Bagan Pinang


Tarikh : 03 Oktober 09 (Sabtu)

Ceramah 1

Masa : 9 malam
Tempat : Markas Besar Bt 3, Jalan Pantai (Hadapan Bangunan Zaitun)
Penceramah :

•YB Dato Seri Hj Abd Hadi Awang , Presiden PAS
•YB Dato Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin , Ahli Parlimen Bukit Gantang
•YB N Gobala Krishnan , Ahli Parlimen Padang Serai
•Sdr Mazlan Aliman , AJK PAS Pusat
•Y Bhg Zulkefly Mohamad Hj Omar, Calon PAS N.31 Bagan Pinang

SEMUA DIJEMPUT HADIR





Read more...

Ahli DAP seluruh negara bantu PAS di Bagan Pinang


Ahli DAP seluruh negara bantu PAS di Bagan Pinang
Ditulis oleh Te@M I.T



TELUK KEMANG, 1 Okt - Semua petugas DAP akan bertumpu kepada Pusat Penyelaras DAP yang dilancarkan di Batu 9 Jalan Teluk Kemang di sini kelmarin, ujar Pengerusi DAP negeri Terengganu, Ng Chai Hing.

Beliau yang ditemui pemberita selepas majlis pelancaran itu memberitahu, pusat tersebut akan menjadi penyelarasan semua gerakerja kempen DAP bersama Pakatan Rakyat.

Sebuah laman online memetik beliau sebagai berkata, "Ia akan jadi pusat penyelaras bagi pilihanraya kecil bagan Pinang,

"Ahli DAP seluruh negara akan bertumpu ke kawasan ini," katanya selepas majlis pelancaran pusat tersebut.

Menurutnya, PRK Bagan Pinang merupakan satu pilihan raya yang sengit yang memerlukan semua petugas Pakatan Rakyat bekerja keras untuk mencapai kemenangan.

Katanya, DAP Terengganu akan menurunkan 10 orang petugas yang akan membantu kempen pilihanraya tesebut selepas penamaan calon.

Menurutnya lagi, jentera DAP telah turun padang menemui pengundi bersama-sama dengan jentera Pakatan Rakyat dari PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).




"Selepas kematian bekas wakil rakyat (BN), aktiviti untuk menggerakkan jentera telah dilakukan termasuk aktiviti turun padang dilakukan bersama PAS dan Keadilan.

"Kita berharap ia akan mendatangkan hasil yang baik untuk memenangi pilihan raya kcil DUN Bagan Pinang," ujarnya.


Read more...

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan diisytihar calon Pakatan Rakyat lawan BN

Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan diisytihar calon Pakatan Rakyat lawan BN
Ditulis oleh PRK N31 Bagan Pinang

TELUK KEMANG, 30 Sep - Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, 45, dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bagan Pinang 11 Oktober ini.

Pengumuman tersebut dibuat oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di pusat penyelarasan DAP bagi pilihanraya kecil berkenaan dekat Batu 9, Teluk Kemang malam tadi.

Turut hadir, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, Pimpinan Utama DAP, PKR dan PAS




...


Read more...

jadual ceramah

>> Saturday, September 26, 2009

Jadual Ceramah

Tarikh : 25 Sep 09 (Jumaat)
Masa : 9 malam
Tempat : MTD Bt 6 ½ , Telok Kemang

Penceramah :

•Tn Hj Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat
•YB N Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai
•Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan


Tarikh : 26 Sep 09 (Sabtu)
Masa : 9 malam
Tempat : Kg Si Rusa, Bt 4, Telok Kemang

Penceramah :
•Tn Hj Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat
•YB N Gobalakrishnan, Ahli Parlimen Padang Serai
•Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan


Tarikh : 27 Sep 09 (Ahad)
Masa : 9 malam
Tempat : Kg Bagan Pinang , Batu 3 , Port Dickson ( Rumah Pak Din )

Penceramah :
•Ustaz Idris Ahmad, AJK PAS Pusat
•YB Loke Siew Fook, Pengerusi DAP N.Sembilan
•YB Dato Kamarul Baharin Abas, Pengerusi PKR N.Sembilan
•Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan




Tarikh : 29 Sep 09 (Selasa)
Masa : 9 malam
Tempat : MTD Bt 6 ½ , Telok Kemang

Penceramah :

•Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang, Presiden PAS
•Ustaz Hj Abd Ghani Abd Rahman, Pesuruhjaya PAS Melaka
•Ustaz Dr Badrul Amin Baharon
•Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan

Tarikh : 30Sep 09 (Rabu)
Masa : 9 malam
Tempat : Taman Bayu, Bt 7, Telok Kemang

Penceramah :
•Tn Hj Mohamad Sabu, AJK PAS Pusat
•Ustaz Dr Badrul Amin Baharon
•Sdr Zulkefly Mohamad Hj Omar, Pesuruhjaya PAS N.Sembilan



SEMUA DIJEMPUT HADIR



Read more...

Hendak Berpolitik? Sila Turun Tahta

>> Thursday, September 24, 2009



Hendak Berpolitik? Sila Turun Tahta

http://wargamarhaen.blogspot.com/2009/09/hendak-berpolitik-sila-turun-tahta.html

Titipan ini saya tujukan khas buat Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah.

Assalamualaikum, saya (Maaf saya tidak tahu berbahasa bangsawan. Malahan saya membahasakan diri saya 'Aku' pabila doa dan bermunajat kepada ALLAH SWT. dan ingat, antara Tuanku dan saya tiada bezanya di sisi ALLAH kecuali amalan masing-masing) terbaca kenyataan Tuanku di sini.

Antara yang dilaporkan seperti berikut:
Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah mahu rakyat negeri itu terus menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) agar lebih banyak pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan dapat dilaksanakan untuk faedah mereka.



Sebagai rakyat saya amat berbangga kerana ada raja Melayu yang cuba mempamerkan keperihatinannya kepada rakyat. Alhamdulillah. Walau bagaimanapun, kerana kenyataan tersebut lebih berunsur politik kepartian, maka nasihat dan pandangan saya kepada Tuanku Sultan hentikanlah ucapan atau kenyataan yang meloyakan ini.

Tidak dapat dinafikan ada kerabat Pahang yang aktif berpolitik malahan menyertai kabinet. Kalau itu yang diimpikan oleh mana-mana raja atau sultan, tahniah. Tetapi perlu ingat, lakukan yang satu ini - turun tahta dan masuklah gelanggang politik secara sopan dan bertamadun. Apalah hebatnya berpolitik dari atas singgahsana!!!

Kepada Sultan, nasihat saya berikan

Kepada ALLAH SWT keampunan hamba Mu pohonkan.

Oleh -Kerajaan Rakyat



Read more...

Jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Nasional Hari Raya Aidilfitri DAP 2009




Jemputan ke Majlis Rumah Terbuka Nasional Hari Raya Aidilfitri Rakan Pakatan Rakyat DAP 2009

Tarikh: Ahad, September 27, 2009

Waktu: 11:30 pagi – 2:00 petang

Tempat: Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Jalan Kuari, Kg Cheras Baharu, Selangor

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat seperti Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, dan Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang akan turut menghadiri acara tersebut.






DAP akan menyediakan pelbagai hidangan tradisional Melayu di samping mengadakan persembahan silat, nasyid dan kompang.

DAP menjemput semua warga Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan pemikiran politik, untuk menghadiri Ruman Terbuka Aidilfitri ini. Kedatangan anda semua amatlah dialu-alukan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-7957 8022.



Read more...

Nizar seru buat perubahan besar-besaran



IPOH, 23 SEPT:Bagi Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin, Syawal ini perlu dijadikan iktibar dan persediaan untuk seluruh rakyat di Perak melakukan perubahan besar-besaran sekiranya pilihan raya negeri dibuat pada masa yang terdekat.

Kata Ahli Parlimen Bukit Gantang itu, kemelut politik dan krisis perlembagaan yang berlaku akibat rampasan kuasa pada 5 Februari 2009 telah menyebabkan Perak dilanda malang dan krisis.

"Tolaklah mereka yang terbukti mengenepikan perintah keadilan dan amanah, zalim terhadap hak rakyat, menyalahgunakan agensi kerajaan seperti SPR, SPRM, polis dan kehakiman.

"Tolak mana-mana yang berjuang di atas prinsip perkauman dan 'assobiyah' kerana itu tiada tempat dalam Islam.



"Nabi Muhammad menyatakan dengan jelas bahawa bukan dari kalangannya mereka yang hidup-matinya, perjuangannya kerana bangsanya atau kaumnya," jelas Nizar dalam perutusan bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Dalam perutusannya itu, beliau merasa pelik apabila umat Islam mengabaikan perintah Allah dan ibadat yang lain tetapi memberi keutamaan kepada amalan berpuasa.

Katanya hanya satu ayat dalam surah al-Baqarah (ayat 183) memerintah umat Islam berpuasa, tetapi dengan puluhan ayat yang mengarahkan solat dipandang sepi dan tidak ambil berat.

"Sikap begini berlaku oleh kerana sepanjang kita merdeka 52 tahun, puasa dijadikan ibadat khusus, sahur, buka, tarawih, tadarus dan raya dan tak lebih dari itu," katanya yang juga ADUN Pasir Panjang.

Bahkan isi kandungan takbir raya itu sendiri yang turun dan diungkap oleh Nabi Muhammad pertama kalinya dalam peperangan Badar mengajak umat Islam membuat perubahan besar-besaran.

Namun malangnya takbir raya itu telah disensasikan, didayukan serta disyahdukan di kalangan masyarakat melayu sehingga hilang roh dan semangat takbir itu sendiri.

"Semangat jihad pengorbanan, kembali kepada menegak kalimah Allah dan pensucian aqeedah telah tenggelam dek kerana alunan dayu sensasi takbir raya," katanya.

Selain itu katanya, sebagai ibadat tertua, puasa menuntut umat Islam memperolehi ketaqwaan sebagai tiket untuk bertemu dengan Allah diakhirat kelak dan tanpa taqwa ini, sesaorang itu tidak boleh mendapat pertimbangan Allah untuk ke syurga.

"Mari tolak perkauman dan terima nilai-nilai Islam dalam melaksanakan tugasan kita sebagai Khalifah dimuka bumi ini.

"Saya mewakili keluarga dan seluruh warga Pakatan Rakyat menyusun jari sepuluh memohon keampunan atas segala kesalahan dan kelemahan tempoh hari. Bertemu di Bagan Pinang!" katanya dalam perutusan tersebut.

Harakahdaily/-


Read more...

Corat-coret : Keunikkan pilihanraya Bagan Pinang

>> Friday, September 18, 2009

Corat-coret : Keunikkan pilihanraya Bagan Pinang

WEDNESDAY, 16 SEPTEMBER 2009 07:47

KUALA LUMPUR, 16 Sept - Pilihanraya Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, akan diadakan 11 Oktober depan ekoran kematian penyandangnya allahyarham Azman Mohd Nor yang mewakili BN.

Disaat ada yang mengatakan rakyat rasa bosan mula timbul dan terasa seolah–olah berada di dalam satu mimpi yang berulang–ulang, setelah menyaksikan lapan pilihan raya kecil sejak pilihan raya umum Mac 2008.

Bermula dengan Pilihan Raya Kecil P44 Permatang Pauh, sehingga ke Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai, Penanti, Manik Urai dan yang terbaru di Permatang Pasir.



Namun, apa yang pasti Pilihan raya kecil kali ini tetap dilihat pemerhati politik sebagai unik kerana, ini :

1. PRK ke -9

2. Berlakunya di N-9

3. Kekosongannya dalam bulan 9

4. Bulan Ramadhan, bulan ke-9 tahun hijrah

5. Pada tahun 2009

6. NS ada 9 Luak

7. Bagan Pinang ada 9 UPU (termasuk 1 undi Pos)

8. Calon BN yang disebut-sebut : Tan Sri Isa Samad – Menteri Besar N9 yang ke-9

9. Tan Sri Isa Samad lahir tahun 1949 di Negeri Sembilan.


Untuk Perubahan, kita kena guna nombor lain.

Pakatan Rakyat untuk Perubahan!!


Read more...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN

>> Thursday, September 17, 2009


BLOG AKAN BEROPERASI SEPENUHNYA SELEPAS HARI RAYA


Read more...

PRKN31BAGANPINANG

Copyright (C) 2009 @ Laman Rasmi PRK N31 BAGAN PINANG. PENAFIAN : PAS Pusat adalah tidak bertanggungjawab terhadap apa-apa kehilangan atau kerugian yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat atau daripada kecacatan atau kesilapan kandungan di dalam laman web ini. Dibangunkan oleh Jabatan IT PAS Pusat

  © PAS PUSAT IT by 2009 2009

Back to TOP